Skip to main content

Posts

DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK

Kemahiran generik adalah kemahiran umum, kualiti, kebolehan dan trait yang harus dikuasai oleh seseorang untuk berjata dalam pelajaran dan kerjaya mereka.  KPT (2006) telah mendefinisikan kemahiran insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan.
Recent posts

Definisi Kemahiran Generik berdasarkan Tokoh

Menurut Sharifah Hapsah (2005), jaminan kualiti di IPT adalah untuk memastikan graduan yang dilahirkan mempunyai kemahiran teknikal dan praktikal, profesional, kemahiran pengurusan pemikiran teknikal, kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan maklumat serta pembelajaran sepanjang hayat. Jabatan Pendidikan Tinggi (2003) pula meletak standard bagi semua kurikulum dalam pendidikan tinggi di Malaysia harus mempunyai rekabentuk yang menerapkan kemahiran generik yang meliputi 1) kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat keputusan 2) kemahiran interpersonal dan berkomunikasi 3) kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat 4) kemahiran kepimpinan, 5) kemahiran keusahawanan Menurut Mok Soog Sang (2003), penggunaan dan penerapan kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintergrasiannya dengan kemahiran–kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir

Konsep Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK)

George (1970) - pemikiran satu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks.         Edward de Bono ( 1976) - KB adalah pemikiran lateral-bukan sahaja menyelesaikan masalah  juga melihat sesuatu pelbagai perspektif untuk melihat menyelesaikan masalah.         Mayer (1977) - melibatkan pengelolaan operasi mental  tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif untuk menyelesaikan masalah .         Chaffee (1988) – proses luarbiasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan penyelesaiaan masalah.          Vincent Ryan Ruggiero (1984) – Berfikir adalah sebarang aktiviti mental yg membantu menyelesaikan masalah , membuat keputusan  atau memenuhi kehendak untuk memahami . Ia dalah mencari jawapan & dan maksud sebenarnya.          John Barell ( 1991) -  Berfikir adalah mencari maksud dan memahami yang melibatkan pengalaman, logik,” reasonable judgement” dan proses refleksi.

Tujuan KBKK

Untuk membuat keptusan  dan menyelesaikan masalah dengan bijak Mempraktik di dalam kelas atau luar kelas Mengatasi kesilapan berfikir Meningkatkan kognitif, efektif dan perkembangan intelek Bersikap terbuka menerima, memberi pendapat, yakin untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan bukti dan hujah serta berani memberi pandangan dan kritikan.

Jenis Kemahiran Berfikir

TERDAPAT pelbagai jenis kemahiran berfikir analitikal, logikal, kritikal, objektif , sistematik, pragmatik, positif, negatif, konstruktif, proaktif, projektif, kreatif, perspektif, lateral, emotif dan sebagainya.  SECARA AMNYA , Kemahiran Berfikir dibahagikan kepada 2 domain utama                -->  Kemahiran Berfikir secara kritis                -->  Kemahiran Berfikir secara kreatif Kemahiran Berfikir secara kritis = " kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah " Contoh Kemahiran Berfikir secara kritis : -banding beza -membuat kategori -teliti bahagian kecil dan keseluruhan -membuat sekuens -menerang sebab -membuat ramalan -usul periksa andaian -membuat inferens -mengesahkan sumber maklumat Kemahiran Berfikir seca

APAKAH JENIS BAHAN YANG DIGUNAKAN?

Bahan merupakan rangsangan sama ada dalam bentuk prosa, puisi atau grafik yang digunakan untuk membantu dan menggalakkan pembelajaran. CONTOH bagi  bahan tersebut adalah seperti yang berikut : Bahan Prosa  : -Cerita -Cerpen -Rencana -Berita Puisi  : -Pantun -Syair -Sajak -Lirik lagu Grafik  : -Gambar -Rajah -Graf -Kartun