TERDAPAT pelbagai jenis kemahiran berfikir analitikal, logikal, kritikal, objektif, sistematik, pragmatik, positif, negatif, konstruktif,
proaktif, projektif, kreatif, perspektif, lateral, emotif dan sebagainya.
SECARA AMNYA ,
Kemahiran Berfikir dibahagikan kepada 2 domain utama
--> Kemahiran Berfikir secara
kritis
--> Kemahiran Berfikir secara
kreatif
Kemahiran Berfikir secara kritis = " kecekapan dan
keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu
idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah
"
Contoh Kemahiran Berfikir secara kritis :
-banding beza
-membuat kategori
-teliti bahagian kecil dan keseluruhan
-membuat sekuens
-menerang sebab
-membuat ramalan
-usul periksa andaian
-membuat inferens
-mengesahkan sumber maklumat
Kemahiran Berfikir secara kreatif = " kecekapan atau
keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan
minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli
dan bernilai sama ada bersifat realistik, abstrak, idea atau gagasan "
Contoh Kemahiran Berfikir secara kreatif :
-menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai
-mencipta analog
-mencipta metafora
-mencipta metafora
Comments
Post a Comment