Skip to main content

Definisi Kemahiran Generik berdasarkan Tokoh

Menurut Sharifah Hapsah (2005), jaminan kualiti di IPT adalah untuk memastikan graduan yang dilahirkan mempunyai kemahiran teknikal dan praktikal, profesional, kemahiran pengurusan pemikiran teknikal, kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan maklumat serta pembelajaran sepanjang hayat. Jabatan Pendidikan Tinggi (2003) pula meletak standard bagi semua kurikulum dalam pendidikan tinggi di Malaysia harus mempunyai rekabentuk yang menerapkan kemahiran generik yang meliputi

1) kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat keputusan
2) kemahiran interpersonal dan berkomunikasi
3) kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat
4) kemahiran kepimpinan,
5) kemahiran keusahawanan


Menurut Mok Soog Sang (2003), penggunaan dan penerapan kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintergrasiannya dengan kemahiran–kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir dalam pengajaran, dan tidak kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.



Ahmad (2005) dalam perutusan sempena Hari Guru 2005 menyatakan, perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai pelbagai kemahiran generik, seperti, kemahiran berfikir, kemahiran mengguna dan mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran belajar, dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik.

Comments

Popular posts from this blog

DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK

Kemahiran generik adalah kemahiran umum, kualiti, kebolehan dan trait yang harus dikuasai oleh seseorang untuk berjata dalam pelajaran dan kerjaya mereka.  KPT (2006) telah mendefinisikan kemahiran insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan.

Jenis Kemahiran Berfikir

TERDAPAT pelbagai jenis kemahiran berfikir analitikal, logikal, kritikal, objektif , sistematik, pragmatik, positif, negatif, konstruktif, proaktif, projektif, kreatif, perspektif, lateral, emotif dan sebagainya.  SECARA AMNYA , Kemahiran Berfikir dibahagikan kepada 2 domain utama                -->  Kemahiran Berfikir secara kritis                -->  Kemahiran Berfikir secara kreatif Kemahiran Berfikir secara kritis = " kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah " Contoh Kemahiran Berfikir secara kritis : -banding beza -membuat kategori -teliti bahagian kecil dan keseluruhan -membuat sekuens -menerang sebab -membuat ramalan -usul periksa andaian -membuat inferens -mengesahkan sumber maklumat Kemahiran Berfikir seca